Live menampilkan:

  • Menguruskan barisan lori dan memudahkan kadar pusing balik dengan lebih cepat
  • Kepintaran perniagaan yang dinamik untuk perancangan operasi dan penggunaan aset yang proaktif
  • Menambah baik keselamatan limbungan dengan memantau pergerakan lori dalam masa nyata

 

                           

  • Komunikasi dan perhubungan secara automatik ke mana-mana lori (pengguna) berdekatan atau di fasiliti anda
  • Kawalan pagar tanpa kertas dan tanpa kakitangan
  • Sistem janji temu ketibaan lori dalam talian

 

                           

Penyelesaian menyeluruh

Live adalah penyelesaian yang menggunakan platform SaaS Containerchain dengan produk-produk dan perkhidmatan berikut:

Notifications

Produk Notifications membantu anda menguruskan ketibaan dan barisan lori melalui sistem janji temu lori yang sepadan dengan kapasiti pagar dan gudang secara dinamik.

 

eGate

eGate adalah sebuah aplikasi untuk telefon pintar dan tablet, menghubungkan terminal dengan pemandu lori dan bahagian-bahagian lain dalam rantaian bekalan logistik kontena. Aplikasi ini memproses ketibaan lori dalam masa nyata secara automatik, menambah baik masa pusing balik dan mengurangkan keperluan untuk meletakkan kakitangan di pagar.

 

Perkhidmatan

Kami akan membantu anda menjalankan operasi dengan cepat selain menyediakan sokongan dan latihan. Perunding kami mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang logistik kontena dan akan bekerjasama dengan anda untuk mencapai lebih banyak nilai daripada operasi yang dijalankan.

 

Sokongan

Platform SaaS Containerchain memastikan agar anda tidak perlu risau tentang memuat turun perisian terkini, menyenggara peralatan pelayan yang mahal atau membayar lesen dan naik taraf. Pasukan sokongan kami yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa di samping berpengalaman dalam industri ada tersedia sepanjang 365 hari setahun.

 

Get started

Menyelaraskan operasi gudang anda, mengurangkan overhed dan menambah baik tahap perkhidmatan dengan hanya satu klik. Hubungi kami hari ini untuk demonstrasi tanpa sebarang obligasi.

Contact Us

 

Pilih industri khusus anda untuk mengetahui tentang cara kami boleh membantu anda.