Ciri-ciri Trip:

  • Pemprosesan tanpa kertas yang cekap
  • Pemandu mengawal mana-mana perjalanan ke mana-mana titik pertukaran
  • Kawalan pengangkutan dilengkapi dengan perancangan "on-the-go" yang dinamik dan cekap
  • Menambah baik masa pusing balik dan penggunaan aset melalui perancangan yang dinamik

 

                           

  • Mengurangkan atau menghapuskan masa melahu lori bagi merendahkan koss
  • Menambah baik tahap khidmat pelanggan
  • Meningkatkan kebolehlihatan bagi pusat kawalan untuk menguruskan dan mengoptimumkan pengangkutan
  • Kepintaran perniagaan yang dinamik untuk pengurusan

 

                           

Penyelesaian menyeluruh

Trip adalah penyelesaian yang menggunakan platform SaaS Containerchain dengan produk-produk dan perkhidmatan berikut:

TMS

TMS adalah sebuah sistem pengurusan pengangkutan yang berfungsi sepenuhnya dengan ciri-ciri termasuk: menerima dan menguruskan tempahan, menghantar dan menguruskan pergerakan pengangkutan ke barisan lori (dengan ciri-ciri padanan automatik bagi perancangan dinamik) dan keupayaan untuk memberikan sebut harga dan invois kepada pelanggan. Ia juga diintegrasikan sepenuhnya dalam produk Notifications untuk kemudahan menjadualkan janji temu lori di fasiliti kontena.

 

Access

Access menyediakan kebolehlihatan tanpa tandingan kepada pengguna untuk memantau aktiviti logistik kontena. Syarikat pengangkutan dan pelanggan boleh membuat dan menguruskan pesanan serta mendapatkan kebolehlihatan dalam masa nyata untuk meneliti kemajuan pesanan tersebut, mengurangkan keperluan bagi sokongan pelanggan secara intensif.

 

eGate

eGate adalah sebuah aplikasi untuk telefon pintar dan tablet, menghubungkan terminal dengan pemandu lori dan bahagian-bahagian lain dalam rantaian bekalan logistik kontena. Aplikasi ini memproses ketibaan lori dalam masa nyata secara automatik sekali gus menambah baik masa pusing balik.

 

Driver

Driver adalah sebuah produk berdasarkan aplikasi untuk syarikat-syarikat pengangkutan kontena, membenarkan lori untuk dihubungkan ke produk-produk lain Containerchainseperti TMS, Notifications, dan Access. Aplikasi ini bergerak seiring dengan eGate, menguruskan perhubungan antara pemandu lori kontena, operasi pengangkutan, depot kontena dan pelanggan-pelanggan lain. Ia membantu pemprosesan pagar secara automatik di fasiliti kontena, menyediakan pengurusan dokumen tanpa kertas dan fungsi kamera yang memautkan gambar-gambar kepada pelanggan dalam masa nyata, selain mempunyai keupayaan mengesan dan menghantar yang sofistikated.

 

Connect

Kurangkan proses kemasukan data dengan Connect. Ia mengemas kini TMS anda atau pihak ketiga setiap kali kontena diambil atau dihantar, menghapuskan keperluan untuk mengemas kini secara manual dan mengurangkan kebarangkalian ralat

 

Perkhidmatan

Kami akan membantu anda menjalankan operasi dengan cepat selain menyediakan sokongan dan latihan. Perunding kami mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang logistik kontena dan akan bekerjasama dengan anda untuk mencapai lebih banyak nilai daripada operasi yang dijalankan.

 

Sokongan

Platform SaaS Containerchain memastikan agar anda tidak perlu risau tentang memuat turun perisian terkini, menyenggara peralatan pelayan yang mahal atau membayar lesen dan naik taraf. Pasukan sokongan kami yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa di samping berpengalaman dalam industri ada tersedia sepanjang 365 hari setahun.

 

Memulakan

Penyelesaian pelbagai produk Trip daripada Containerchain mengubah cara operator pengangkutan menguruskan lori, operasi perniagaan dan komunikasi serta interaksi dengan pelanggan dan fasiliti kontena. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Contact Us

 

Pilih industri khusus anda untuk mengetahui tentang cara kami boleh membantu anda.