Ciri-ciri Terminal:

  • Menguruskan barisan lori dan kadar pusing balik menurut kapasiti pagar dan limbungan
  • Dayakan TOS anda untuk menghalakan lori ke fasiliti yang berkenaan dalam masa nyata
  • Menambah baik keselamatan limbungan dengan memantau pergerakan lori dalam masa nyata

 

                           

  • Kepintaran perniagaan yang dinamik bagi perancangan operasi proaktif
  • Komunikasi dan perhubungan secara automatik ke mana-mana lori (pengguna) yang menuju masuk ke atau berada di terminal
  • Beralih kepada kawalan pagar tanpa kertas dan tanpa kakitangan

 

                           

Penyelesaian menyeluruh

Terminal adalah penyelesaian yang menggunakan platform SaaS Containerchain dengan produk-produk dan perkhidmatan berikut:

Notifications

Produk Notifications membantu ada menguruskan ketibaan dan barisan lori, di samping menawarkan sistem janji temu yang menjana hasil serta mengoptimumkan kapasiti pagar dan limbungan semasa operasi secara dinamik.

 

eGate

eGate adalah sebuah aplikasi untuk telefon pintar dan tablet, menghubungkan terminal dengan pemandu lori dan bahagian-bahagian lain dalam rantaian bekalan logistik kontena. Aplikasi ini memproses ketibaan lori dalam masa nyata secara automatik, menambah baik masa pusing balik dan mengurangkan keperluan untuk meletakkan kakitangan di pagar.

 

Perkhidmatan

Kami akan membantu anda menjalankan operasi dengan cepat selain menyediakan sokongan dan latihan. Perunding kami mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang logistik kontena dan akan bekerjasama dengan anda untuk mencapai lebih banyak nilai daripada operasi yang dijalankan.

 

Sokongan

Platform SaaS Containerchain memastikan agar anda tidak perlu risau tentang memuat turun perisian terkini, menyenggara peralatan pelayan yang mahal atau membayar lesen dan naik taraf. Pasukan sokongan kami yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa di samping berpengalaman dalam industri ada tersedia sepanjang 365 hari setahun.

 

Memulakan

Operasi pagar automatik dan ciri-ciri pemberitahuan Terminal boleh diintegrasikan pada TOS anda dengan mudah. Ia juga merupakan sebahagian daripada hab komunikasi yang menghubungkan ahli-ahli Platform Containerchain ke arah kebolehlihatan yang lebih baik di seluruh komuniti rantaian bekalan. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Contact Us

 

Pilih industri khusus anda untuk mengetahui tentang cara kami boleh membantu anda.